Pages

Subscribe:

Selasa, 17 Disember 2013

Inikah Keluhan Kita??



Inikah keluhan-keluhan kita ~ 

Keluhan 1: KENAPA AKU DIUJI?Jawapan:

• “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Keluhan 2: KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Jawapan:• “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Keluhan 3: KENAPA UJIAN SEBERAT INI!Jawapan:

• “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Keluhan 4: SEMUA MASALAH INI MEMBUATKU FRUST!!Jawapan:

• “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)


Kesimpulannya,setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan percayalah bahawa janji-janji Allah SWT itu pasti.Berpeganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana pemahaman para salafussoleh.

copy&paste from:
Nor Azzyati Faudzi..(Jazakallahu khayran ukhti)

Keikhlasan Hati



Assalamualaikum wbt.

Jari ini lancar menaip papan kekunci setelah beberapa bulan blog yang tersayang ini ditinggalkan begitu sahaja.Begitulah hakikatnya sebagai seorang hamba Allah yang sibuk dengan dunia sekelilingnya untuk menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.Akan tetapi sebagai seorang hamba Allah yang menuntut ilmu-Nya yang tidak akan habis ini,kita sering terlupa mengenai satu persoalan besar yang sering dipandang remeh temeh oleh sesetengah penuntut ilmu terutama sekali penuntut ilmu agama iaitu persoalan keikhlasan hati..

Persoalan keikhlasan hati amat berkait rapat dengan keberkatan dalam menuntut ilmu.Hati ini sering dipujuk agar ikhlas dalam menuntut ilmu agama yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah demi mempertahankan kesucian agama Islam sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh zaman para salafussoleh iaitu para sahabat,tabi'in dan tabi'ut tabi'in.Akan tetapi sering wujud musuh yang bersaing dengan "SANG IKHLAS" untuk mengambil tempat di hati seorang penuntut ilmu iaitu "RIAK".
Oleh itu,dalam kita menuntut ilmu agama setiap urusan yang kita lakukan perlulah kita perhatikan diri kita agar sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu agama kerana setiap amalan itu bergantung pada niatnya.Semoga dengan artikel yang serba ringkas ini dapat mengingatkan kita kepada kehidupan yang sementara di dunia ini dan kehidupan yang kekal selamanya iaitu di akhirat kelak dengan sentiasa memerhatikan keikhlasan hati kita dalam menuntut ilmu Allah SWT....Wallahualam

by:
Azman Abd Mutalib

Khamis, 7 Mac 2013

Bagaimana Lahir Islam Liberal??

Faktor yang membelenggu umat Islam pada 1 abad yg lalu menyebabkan perkara ini berlaku di mana umat Islam pada waktu tersebut dipengaruhi oleh dua faktor iaitu: 

1.Faktor penjajahan barat.
2.Faktor ketinggalan dari segi sains dan teknologi.
 

Lantaran itu,maka lahirlah empat sikap umat Islam kesan daripada faktor tersebut iaitu:
 

1.Sikap yang berputus asa dan menanggap itu sudah suratan takdir dan  redha dengan kemunduran yang disebabkan oleh faktor tersebut.
2.Sikap yang menganggap Islam itu sebagai penghalang untuk maju dan agama ini  mesti dipisahkan dengan hal duniawi dan hal ini di anggap sekularisme.
3.Sikap yang menganggap agama itu faktor penghalang tetapi mereka tidak memisahkan agama dari hal duniawi tetapi sebaliknya mereka menyesuaikan ajaran agama tersebut dengan zaman sekarang dan mengikut kehendak mereka(sesuai dengan hawa nafsu dan akal) dan inilah yang di gelar sebagai Islam Liberal.
4.Sikap yang menganggap diri mereka sebagai faktor penghalang untuk maju dan bukannya agama Islam kerana mereka menganggap undurnya umat Islam bukan kerana agama Islam tetapi  umat Islam yang tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya.Golongan ini menolak Islam liberal dan sekularisme dan berpendapat umat Islam pada hari ini perlu kembali kepada ajaran Islam yang tulen iaitu berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah untuk maju ke hadapan.

Persoalannya di mana kah kita dalam 4 sikap di atas???Renung-renungkan...:)
 

*Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam Liberal jangan lupa dapatkan buku Membongkar Aliran Islam Liberal oleh Hafiz Firdaus Abdullah(seperti yang tertera di atas).

Sabtu, 2 Mac 2013

Larangan Membuat Spekulasi & Urusan Umum Hendaklah Diserahkan kpd Pemerintah

Larangan Membuat Spekulasi & Urusan Umum Hendaklah Diserahkan kpd Pemerintah:

Firman ALLAH dlm Surah al-Nisaa' ayat ke-83:

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; kalau mereka kembalikan hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja di antara kamu.

Kata al-Imam Ibn Katsir rahimahullah: "Ini adalah Pengingkaran ke atas mereka yg segera mencari perkhabaran sebelum mendpat kepastian lalu menyebarkannya sedangkan boleh jadi ianya tidak benar". [Tafsir al-Quran al-Azim, 2/365]

Al-Syaikh as-Si'di rahimahullah dlm Tafsir beliau menyatakan ini adalah satu pengajaran dripada ALLAH kpd kaum Mukminin supaya jika dtg berita yg berkaitan maslahah umum kaum Muslimin sama ada ia berita Gembira atau Buruk, JANGAN mereka segera menyebarkannya, tetapi hendklah dikembalikan kpd pihak berkuasa, jika mereka (pihak berkuasa) melihat ada maslahah utk dihebohkan maka ia dihebohkan, jika mereka melihat pd menyembunyikannya terdapat masalahah maka ia disembunyikan.

[Rujuk: Tafsir Taisirul Karim al-Rahman, Tafsir ayat 83 surah al-Nisaa'].

copy and paste from Muhammad Asrie Sobri facebook...:)..semoga bermanfaat..

Jumaat, 21 Disember 2012

Syukur...


                 Segala puji bagi Allah,kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya,dan kami berlindung kepada Allah SWT dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah SWT maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT maka tiadalah petunjuk baginya.Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya...

              Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...InshaAllah pada hari ini saya akan berkongsi cerita berkenaan dengan syukur...Ramai orang hari ini yang kaya-raya,hidup bahagia dan aman tetapi tidak kurang juga ramainya orang yang tidak bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberi selama ini...Susah sangatkah nak bersyukur??

Ramai orang yang tidur diatas tilam yang empuk dah mahal tetapi lupa kepada Allah malahan ada yang tidur di atas kotak yang kotor,di tepi jalan tetapi syukurnya terhadap yang Allah melebihi segala-galanya.

Ramai orang yang di hadapannya lauk pauk yang bagus tetapi lupa untuk bersyukur dengan bersedekah malahan ada yang makan hanya dua tiga lauk pauk tetapi amalan sedekahnya tidak pernah putus dari kehidupan sehariannya

Ramai orang yang berpakaian serba baru dan cantik tetapi lupa untuk bersyukur malahan ada orang yang hanya menggunakan kain terpakai akan tetapi mereka bersyukur sebab masih mempunyai pakaian yang boleh digunakan berbanding mereka yang berada nun jauh di sana dalam keadaan berbogel dan kebuluran.

Fikir-fikirkan wahai kawan-kawanku..adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang disebut pada pendahuluan ayat atau di akhir ayat??
                                              
            Pelbagai ragam manusia yang dapat di lihat pada zaman sekarang dengan pelbagai fesyen yang di peragakan hanya untuk mengejar kepentingan diri masing-masing sementara saudara-saudara mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan sehingga terpaksa memakan mayat saudara sendiri untuk menghilangkan rasa lapar...Di mana sifat kemanusiaan diletak di dalam diri setiapa kita???...Adakah kita meletakkannya di peringkat yang paling atas ataupun yang paling bawah???

            Jika kita menyusuri kembali sirah-sirah kehidupan umat Islam pada zaman dahulu penuh dengan pengajaran...Pelbagai pengajaran yang ditinggalkan kepada kita tetapi adakah kita mengambil pengajaran tersebut sebagai pedoman dalam diri kita??

            Seorang hamba Allah yang kehilangan kakinya berasa sedih kerana nikmat nya untuk beribadah kepada Allah sudah ditarik akan tetapi kita yang masih mempunyai kaki telah lupa kepada tanggungjawab kita sebagai hamba Allah berbanding hamba Allah yang telah ditarik nikmat kakinya itu...Apabila kita diuji dengan kebahagiaan kita lupa kepada-Nya sehingga nikmat-Nya pun telah kita salahgunakan akan tetapi apabila kita diuji dengan kesusahan barulah kita mencari-Nya untuk mengadu masalah kepada-Nya...di mana keadilan kita???

             Tidak salah untuk kita memohon apa yang kita belum ada tetapi jangan lupa apa yang kita sudah ada...Seorang yang kaya di uji oleh Allah dengan hartanya sama ada dia bersyukur atau tidak..Tidak terkecuali kepad yang miskin..Allah juga menguji mereka dengan kemiskinan mereka sama ada mereka sabar menghadapinya ataupun berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk meminta bantuan kepada mereka agar dimurahkan rezeki..sedarlah wahai manusia,kita sedang di uji dan sentiasa dalam pemerhatiannya...

Sebagai penutup,hayatilah ayat Al-Quran ini:

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim:7)

InshaAllah bermanfaat....Sekian..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selasa, 18 Disember 2012

Siapakah Ibn Taimiyah??

           Segala puji bagi Allah,kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya,dan kami berlindung kepada Allah SWT dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah SWT maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT maka tiadalah petunjuk baginya.Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

           Telah sekian lama blog ini tidak dikemaskini kerana diri ini terlampau sibuk dengan aktiviti seharian...InshaAllah,pada hari ini saya akan berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang bibliografi ringkas seorang ulama yang amat terkenal pada zamannya kerana perjuangan beliau untuk memelihara agama Islam yang tulen daripada rosak oleh dakyah-dakyah yang melabelkan diri mereka sebagai Islam@Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti golongan Syiah,Khawarij dan sebagainya...

           Beliau yang saya maksudkan adalah Syaikhul Islam Ibn Taimiyah..Nama penuh beliau ialah al-Imam al-Mujtahid Ahmad bin 'Abd al-Halim bin Abdus Salam bin al-Khadr bin Muhammad bin al-Khadr bin Ali bin Abdillah bin Taimiyah an-Namiri al-Harrani ad-Dimasyqi Abu al-Abbas Taqiyuddin Syaikh al-Islam...Ibn Taimiyah dilahirkan di kota Harran pada hari Isnin,tanggal 10 Rabiulawal tahun 661 Hijriah(bersamaan dengan 22 Januari 1263M)...Ibn Taimiyah berasal daripada keluarga besar Taimiyah yang amat terpelajar dan sangat Islamik serta dihormati.Ayahnya Syihabuddin bin 'Abdus Salam(627H-682H) adalah seorang ulama besar di Kota Damaskus.

            Bapa beliau menjadi imam,khatib dan guru di Masjid Damaskus serta direktor pada sekoalh Madrasah Dar al-Hadith as-Sukkariyyah,salah satu lembaga pendidikan mazhab Hanbali yang tergolong sangat maju dan bermutu pada waktu itu...Datuknya adalah Syaikh al-Islam Majduddin Abu al-Barakat Abbas Salam Ibn Taimiyah,seorang hafiz yang ternama..

Setakat itu sahaja yang boleh dikongsikan oleh diri ini...InshaAllah untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut boleh lah beli buku yang disenaraikan ini:

1.Min A'lam as-Salaf karya Syaikh Ahmad Farid.kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh saudara Masturi Ilham di atas judul 60 biografi Ulama Salaf,terbitan Pustaka Kautsar,Jakarta Timur

2.al-Furqan Baina ad-Rahman wa Auliya' asy-Syaithan karya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah;terjemahan oleh H.Zaenal Abidin Chan di atas judul Perbezaan di antara Wali Allah dan Wali Syaitan(Berlian Publication Sdn Bhd,Selangor,2007)

3.Ibn Taimiyah:Pencetus Akidah Tasybih dan Tajsim? karya Mohd Hairi Nonchi,terbitanJahabersa,2011

Majmu al-Fatawa(salah satu kitab beliau)
             InshaAllah sedikit info di atas berkaitan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah dapat membantu kita untuk mengenali lagi ulama tersohor ini...sekian sahaja perkongsian saya..sebagai penutup,hayatilah Surah Ali-Imran,ayat 102 ini:

"Wahai orang-orang yang beriman,bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:)

Rabu, 5 Disember 2012

Madrasah Orientalis



                  Assalamualaikum semua..video diatas adalah video khutbah Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat...Penyampaian khutbah Jumaat ini sangat menarik perhatian saya kerana penyampaiannya yang begitu bersemangat dan bertenaga..Setakat apa yang saya tahu tentang peribadi beliau adalah beliau seorang yang kuat berpegang pada sunnah Rasulullah SAW dan beliau adalah warga Indonesia...Ingin tahu isi khutbahnya???Tonton lah video ini...sesuai untuk semua peringkat umur...Rugi tau klu tidak tonton...banyak ilmu yang bermanfaat boleh diambil daripada video ini..Selamat Menonton..:)

p/s:video ini ada sambungannya dan InshaAllah akan di "upload" dalam masa terdekat..:)


Sebahagian gambar yang menunjukkan beliau menyampaikan ceramahnya dengan orang ramai di Indonesia