Pages

Subscribe:

Jumaat, 21 Disember 2012

Syukur...


                 Segala puji bagi Allah,kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya,dan kami berlindung kepada Allah SWT dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah SWT maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT maka tiadalah petunjuk baginya.Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya...

              Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...InshaAllah pada hari ini saya akan berkongsi cerita berkenaan dengan syukur...Ramai orang hari ini yang kaya-raya,hidup bahagia dan aman tetapi tidak kurang juga ramainya orang yang tidak bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberi selama ini...Susah sangatkah nak bersyukur??

Ramai orang yang tidur diatas tilam yang empuk dah mahal tetapi lupa kepada Allah malahan ada yang tidur di atas kotak yang kotor,di tepi jalan tetapi syukurnya terhadap yang Allah melebihi segala-galanya.

Ramai orang yang di hadapannya lauk pauk yang bagus tetapi lupa untuk bersyukur dengan bersedekah malahan ada yang makan hanya dua tiga lauk pauk tetapi amalan sedekahnya tidak pernah putus dari kehidupan sehariannya

Ramai orang yang berpakaian serba baru dan cantik tetapi lupa untuk bersyukur malahan ada orang yang hanya menggunakan kain terpakai akan tetapi mereka bersyukur sebab masih mempunyai pakaian yang boleh digunakan berbanding mereka yang berada nun jauh di sana dalam keadaan berbogel dan kebuluran.

Fikir-fikirkan wahai kawan-kawanku..adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang disebut pada pendahuluan ayat atau di akhir ayat??
                                              
            Pelbagai ragam manusia yang dapat di lihat pada zaman sekarang dengan pelbagai fesyen yang di peragakan hanya untuk mengejar kepentingan diri masing-masing sementara saudara-saudara mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan sehingga terpaksa memakan mayat saudara sendiri untuk menghilangkan rasa lapar...Di mana sifat kemanusiaan diletak di dalam diri setiapa kita???...Adakah kita meletakkannya di peringkat yang paling atas ataupun yang paling bawah???

            Jika kita menyusuri kembali sirah-sirah kehidupan umat Islam pada zaman dahulu penuh dengan pengajaran...Pelbagai pengajaran yang ditinggalkan kepada kita tetapi adakah kita mengambil pengajaran tersebut sebagai pedoman dalam diri kita??

            Seorang hamba Allah yang kehilangan kakinya berasa sedih kerana nikmat nya untuk beribadah kepada Allah sudah ditarik akan tetapi kita yang masih mempunyai kaki telah lupa kepada tanggungjawab kita sebagai hamba Allah berbanding hamba Allah yang telah ditarik nikmat kakinya itu...Apabila kita diuji dengan kebahagiaan kita lupa kepada-Nya sehingga nikmat-Nya pun telah kita salahgunakan akan tetapi apabila kita diuji dengan kesusahan barulah kita mencari-Nya untuk mengadu masalah kepada-Nya...di mana keadilan kita???

             Tidak salah untuk kita memohon apa yang kita belum ada tetapi jangan lupa apa yang kita sudah ada...Seorang yang kaya di uji oleh Allah dengan hartanya sama ada dia bersyukur atau tidak..Tidak terkecuali kepad yang miskin..Allah juga menguji mereka dengan kemiskinan mereka sama ada mereka sabar menghadapinya ataupun berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk meminta bantuan kepada mereka agar dimurahkan rezeki..sedarlah wahai manusia,kita sedang di uji dan sentiasa dalam pemerhatiannya...

Sebagai penutup,hayatilah ayat Al-Quran ini:

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim:7)

InshaAllah bermanfaat....Sekian..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

0 ulasan:

Catat Ulasan