Selasa, 17 Disember 2013
Inikah Keluhan Kita??
Inikah keluhan-keluhan kita ~
Keluhan 1: KENAPA AKU DIUJI?Jawapan:
• “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Keluhan 2: KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Jawapan:• “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Keluhan 3: KENAPA UJIAN SEBERAT INI!Jawapan:
• “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Keluhan 4: SEMUA MASALAH INI MEMBUATKU FRUST!!Jawapan:
• “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)
Kesimpulannya,setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan percayalah bahawa janji-janji Allah SWT itu pasti.Berpeganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana pemahaman para salafussoleh.
copy&paste from:
Nor Azzyati Faudzi..(Jazakallahu khayran ukhti)
Keikhlasan Hati
Assalamualaikum wbt.
Jari ini lancar menaip papan kekunci setelah beberapa bulan blog yang tersayang ini ditinggalkan begitu sahaja.Begitulah hakikatnya sebagai seorang hamba Allah yang sibuk dengan dunia sekelilingnya untuk menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.Akan tetapi sebagai seorang hamba Allah yang menuntut ilmu-Nya yang tidak akan habis ini,kita sering terlupa mengenai satu persoalan besar yang sering dipandang remeh temeh oleh sesetengah penuntut ilmu terutama sekali penuntut ilmu agama iaitu persoalan keikhlasan hati..
Persoalan keikhlasan hati amat berkait rapat dengan keberkatan dalam menuntut ilmu.Hati ini sering dipujuk agar ikhlas dalam menuntut ilmu agama yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah demi mempertahankan kesucian agama Islam sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh zaman para salafussoleh iaitu para sahabat,tabi'in dan tabi'ut tabi'in.Akan tetapi sering wujud musuh yang bersaing dengan "SANG IKHLAS" untuk mengambil tempat di hati seorang penuntut ilmu iaitu "RIAK".
Oleh itu,dalam kita menuntut ilmu agama setiap urusan yang kita lakukan perlulah kita perhatikan diri kita agar sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu agama kerana setiap amalan itu bergantung pada niatnya.Semoga dengan artikel yang serba ringkas ini dapat mengingatkan kita kepada kehidupan yang sementara di dunia ini dan kehidupan yang kekal selamanya iaitu di akhirat kelak dengan sentiasa memerhatikan keikhlasan hati kita dalam menuntut ilmu Allah SWT....Wallahualam
by:
Azman Abd Mutalib
Khamis, 7 Mac 2013
Bagaimana Lahir Islam Liberal??
Faktor yang membelenggu umat Islam pada 1 abad yg lalu menyebabkan perkara ini berlaku di mana umat Islam pada waktu tersebut dipengaruhi oleh dua faktor iaitu:
1.Faktor penjajahan barat.
2.Faktor ketinggalan dari segi sains dan teknologi.
Lantaran itu,maka lahirlah empat sikap umat Islam kesan daripada faktor tersebut iaitu:
1.Sikap yang berputus asa dan menanggap itu sudah suratan takdir dan redha dengan kemunduran yang disebabkan oleh faktor tersebut.
2.Sikap yang menganggap Islam itu sebagai penghalang untuk maju dan agama ini mesti dipisahkan dengan hal duniawi dan hal ini di anggap sekularisme.
3.Sikap yang menganggap agama itu faktor penghalang tetapi mereka tidak memisahkan agama dari hal duniawi tetapi sebaliknya mereka menyesuaikan ajaran agama tersebut dengan zaman sekarang dan mengikut kehendak mereka(sesuai dengan hawa nafsu dan akal) dan inilah yang di gelar sebagai Islam Liberal.
4.Sikap yang menganggap diri mereka sebagai faktor penghalang untuk maju dan bukannya agama Islam kerana mereka menganggap undurnya umat Islam bukan kerana agama Islam tetapi umat Islam yang tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya.Golongan ini menolak Islam liberal dan sekularisme dan berpendapat umat Islam pada hari ini perlu kembali kepada ajaran Islam yang tulen iaitu berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah untuk maju ke hadapan.
Persoalannya di mana kah kita dalam 4 sikap di atas???Renung-renungkan...:)
*Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam Liberal jangan lupa dapatkan buku Membongkar Aliran Islam Liberal oleh Hafiz Firdaus Abdullah(seperti yang tertera di atas).

Sabtu, 2 Mac 2013
Larangan Membuat Spekulasi & Urusan Umum Hendaklah Diserahkan kpd Pemerintah
Larangan Membuat Spekulasi & Urusan Umum Hendaklah Diserahkan kpd Pemerintah:
Firman ALLAH dlm Surah al-Nisaa' ayat ke-83:
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا
Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; kalau mereka kembalikan hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja di antara kamu.
Kata al-Imam Ibn Katsir rahimahullah: "Ini adalah Pengingkaran ke atas mereka yg segera mencari perkhabaran sebelum mendpat kepastian lalu menyebarkannya sedangkan boleh jadi ianya tidak benar". [Tafsir al-Quran al-Azim, 2/365]
Al-Syaikh as-Si'di rahimahullah dlm Tafsir beliau menyatakan ini adalah satu pengajaran dripada ALLAH kpd kaum Mukminin supaya jika dtg berita yg berkaitan maslahah umum kaum Muslimin sama ada ia berita Gembira atau Buruk, JANGAN mereka segera menyebarkannya, tetapi hendklah dikembalikan kpd pihak berkuasa, jika mereka (pihak berkuasa) melihat ada maslahah utk dihebohkan maka ia dihebohkan, jika mereka melihat pd menyembunyikannya terdapat masalahah maka ia disembunyikan.
[Rujuk: Tafsir Taisirul Karim al-Rahman, Tafsir ayat 83 surah al-Nisaa'].
copy and paste from Muhammad Asrie Sobri facebook...:)..semoga bermanfaat..

Langgan:
Catatan (Atom)