Pages

Subscribe:

Sabtu, 24 November 2012

Mengapa??????

             Semua nabi dan rasul mempunyai misi yang sama dalam berdakwah iaitu mentauhidkan ALLAH SWT dan membersihkan hati-hati umat mereka dari perkara syirik,khurafat dan bidaahSebagai contoh,selama 13 tahun Nabi Muhammad SAW berdakwah di Madinah tetapi mengapa perintah solat tidak diturunkan di MAKKAH tetapi sebaliknya perintah solat diturunkan di Madinah dan berlaku sewaktu malam Israk dan Mikraj.

Mengapa ini berlaku???

              Perkara ini berlaku kerana  Nabi Muhammad SAW diutuskan di Makkah untuk membersihkan hati penduduk Kota Makkah dari perkara-perkara yang mengotorkan hati mereka seperti amalan syirik dan sebagainya dan mengajar kepada mereka tentang akidah Islam yang sebenar.Lantaran itu, apabila akidah penduduk Kota Makkkah sudah bersih maka segala perintah Rasulullah SAW berdasarkan wahyu daripada Allah SWt pun mudah diterima walaupun terdapat segelintir penduduk Kota Makkah masih  tidak menerimanya.Apabila Rasulullah SAW berkata mengenai sesuatu mengenai hal agama akan terdapat golongan yang menentang dan menerimanya dan menjadi masalah sekarang adalah golongan yang menentang.Mengapa mereka menentang???

Sekali lagi saya persoalkan..mengapa perkara ini berlaku???

              Perkara ini berlaku kerana golongan yang menentang menyedari bahawa apabila mereka mentauhidkan Allah SWT dan mengimani bahawa Rasulullah SAW adalah utusan-Nya,mereka terpaksa kufur terhadap berhala-berhala mereka atau lebih dikenali sebagai taghut.Mereka terpaksa meninggalkan gaya hidup mereka yang teruk itu dengan mengenali dan mendalami gaya hidup Islam.Atas sebab inilah mereka menentang dakwah Rasulullah SAW.

Mengapa saya bercerita mengenai kisah ini???

              Cuba kita lihat pada zaman ini.Ramai orang yang kuat beribadah tetapi dalam masa sama membuat amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti memakai gelang dengan kepercayaan bahawa gelang tersebut boleh membuang sial,pergi ke kubur para wali dan buat amalan syirik dan banyak lagi..
Mengapa ini terjadi???
Hal ini berlaku kerana mereka tidak kufur kepada taghut dan tidak menghayati kalimat tauhid La Ilaha Illallah sebagaimana yang difahami oleh gologan terdahulu(salafussoleh).Oleh sebab itulah mantapkan akidah.Jangan terlampau memikirkan amalan kita tetapi akidah terabai.Inilah fenomena yang berlaku pada zaman sekarang.Mereka sibuk memikirkan amalan mereka tetapi akidah terabai.Tidak mengapa sekiranya amalan itu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah tetapi bagaimana sekiranya amalan itu bercanggah dan tidak menepati kehendak Al-Quran dan As-Sunnah??Bukan kah amalan sedikit itu tetapi istiqamah lebih bagus berbanding amalan banyak tetapi tidak istiqamah dan tidak menuruti Al-Quran dan As-Sunnah.Ingatlah,apabila akidah kita mantap secara automatik hati kita akan tunduk kepada Allah SWT dan akan beribadah sesuai dgn kehendak Al-Quran dan As-Sunnah dan sekaligus menafikan segala perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah 
p/s:Sebagai perkongsian dan In Shaa Allah bermanfaat kepada semua kaum muslim.Akhir kata...
"Orang yang mendengar rugi dan orang yang menyampaikan juga rugi kecuali orang yang beramal dengan apa yang didengar dan disampaikannya sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah" ...sekian sahaja..:)

Rabu, 14 November 2012

Kesempurnaan Agama 1

        Surah AlMaidah ayat 3 sudah menjelaskan tentang kesempurnaan agama dan apabila ada orang yang menambah atau mengurangkan sesuatu dalam hal agama ini bermaksud dia sudah menafikan ayat ALLAH SWT itu dan berpandangan bahawa agama Islam ini belum lengkap dan ini sekali gus menunjukkan bahawa risalah ALLAH SWT yang dibawa oleh Nabi MUHAMMAD SAW belum selesai

         Orang yang buat perkara baru atau mengurangkan ses
uatu perkara dalam hal agama sebenarnya telah mengambil tugas ALLAH SWT sebagai pembuat sesuatu syariat sedangkan tugas itu hanya didukung oleh ALLAH SWT dan orang yang sebegini juga sebenarnya menafikan kata2 nabi yang mana nabi mengatakan sesiapa membuat sesuatu urusan dalam hal agama yang tidak ada dasarnya daripada kami maka urusan tersebut tertolak..

         Sungguh hebat orang mcm ini,dia boleeh membuat ssyariat baru dalam agama..sedarlah wahai manusia ..diri kita ni adalah manusia biasa dan kita tidak terlepas dari kesalahan dan apa yang nabi telah sampaikan adalah lengkap dan tidak perlu penambahan ataupun pengurangan..berpa banyak saham dosa yang kamu dapat apa dengan melakukan perkara ini???cuba renungkan adakah kita tergolong dalam golongan ini atau tidak..

        Sebagai penutup bagi penulisan ini perhatikan firman ALLAH SWT ini:

        "Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin,Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali"

(Surah An-Nisa':115)

p/s:InsyaAllah akan disambung dalam penulisan yang seterusnya..banyak lagi hujah nak dibentang ni..:)

Isnin, 12 November 2012

Larian Jom!Kitar Semula & Habitat 2012

http://www.ppsppa.gov.my/larian/images/Web-Banner-user.jpg
       Lusa nanti bersamaan dengan hari Rabu ni aku akan  pergi melancong ke Putrajaya..tetapi pelancongan ku ini membawa erti kepada diri ku sebagaimana aku akan bersaing untuk mendapatkan hadiah tempat pertama dalam satu larian yang merupakan acara tahunan dan ini adalah kali pertama aku mengikuti larian ini yang dikenali sebagai.....(rujuk kat gambar..:P)

       Beberapa hari lagi aku akan berlepas ke sana  tetapi ada satu perkara yang buat aku nervous untuk mengikuti larian ini iaitu pesaingku..kalau di SABAH aku sudah biasa dengan pelari-pelarinya dan boleh dikatakan semua mempunyai nafas kuda...(lari mcm bukan marathon tapi mcm pecut 100M)..itulah kelebihan orang SABAH...tetapi aku pernah terdengar cerita yang mengatakan orang India kat Selangor lagi hebat...betul kah apa yang diperkatakan itu??Ini yang buat aku risau ni..

        Dalam masa beberapa hari lagi ni aku cuba pergiatkan latihan ku agar usaha ku ini berbalas juga...tetapi terdapat banyak faktor yang menghalang aku daripada latihan.Antaranya:

1)Kawasan perkampungan yang tidak sesuai
2)Anjing yang sering berkeliaran dekat kampung aku dan kerja dorang adalah kejar dan gigit orang
3)Cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang

        Itulah faktor-faktornya..tetapi azam ku untuk memenangi larian tersebut membuatku bersemangat untuk menempuhi faktor-faktor penghalang tersebut dan aku berharap aku dapat memenangi larian tersebut agar hadiahnya yang berbentuk wang tunai dapat aku sumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan(seperti orang di Syria dan sebagainy)..itulah harapan ku.aku berharap dengan niat ku ini Allah akan membantu ku dan menjadikan harapan ku sebagai kenyataan..sekian sahaja..:)

Tiada yang mustahil..USAHA TANGGA KEJAYAAN

           "Jatuhnya anda selepas berusaha bukanlah bermaksud anda gagal selama-lamanya tetapi jatuhnya anda mungkin ada hikmah di sebalik kejatuhan anda.."

Copy and Paste


Dia diutuskan tika manusia dalam kejahilan
Membawa firman TUHAN sebagai petunjuk kehidupan
Diberikan mukjizat sebagai tanda kenabian
Agar teguh bersemi segala keyakinan

NAMUN...

Mengapa kita masih menyelusuri jalan kelam?
Sedang DIA memberi wahyu sebagai pedoman
Mengapa kita masih mencari TUHAN dalam kealpaan?
Sedang DIA memberi hidayah sebagai panduan

Ingatlah tatkala DIA berfirman:
"Pada hari ini telah AKU sempurnakan bagimu agamamu
dan telah AKU cukupkan nikmat-KU kepadamu
dan AKU reda ISLAM itu menjadi agamamu"
(surah Al-Maidah ayat 3)

"Dan berbahagialah kepada mereka yang menemui-NYA dalam terang"

copy and paste dari buku

Cukupkah Sekadar NIAT hasil karya Mohd Hairi Nonchi..