Larangan Membuat Spekulasi & Urusan Umum Hendaklah Diserahkan kpd Pemerintah:
Firman ALLAH dlm Surah al-Nisaa' ayat ke-83:
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ
وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ
لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا
Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai
keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; kalau mereka
kembalikan hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri di antara
mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil
keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah
kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu menurut
Syaitan kecuali sedikit sahaja di antara kamu.
Kata al-Imam Ibn
Katsir rahimahullah: "Ini adalah Pengingkaran ke atas mereka yg segera
mencari perkhabaran sebelum mendpat kepastian lalu menyebarkannya
sedangkan boleh jadi ianya tidak benar". [Tafsir al-Quran al-Azim,
2/365]
Al-Syaikh as-Si'di rahimahullah dlm Tafsir beliau
menyatakan ini adalah satu pengajaran dripada ALLAH kpd kaum Mukminin
supaya jika dtg berita yg berkaitan maslahah umum kaum Muslimin sama ada
ia berita Gembira atau Buruk, JANGAN mereka segera menyebarkannya,
tetapi hendklah dikembalikan kpd pihak berkuasa, jika mereka (pihak
berkuasa) melihat ada maslahah utk dihebohkan maka ia dihebohkan, jika
mereka melihat pd menyembunyikannya terdapat masalahah maka ia
disembunyikan.
[Rujuk: Tafsir Taisirul Karim al-Rahman, Tafsir ayat 83 surah al-Nisaa'].
copy and paste from Muhammad Asrie Sobri facebook...:)..semoga bermanfaat..
Sabtu, 2 Mac 2013
Larangan Membuat Spekulasi & Urusan Umum Hendaklah Diserahkan kpd Pemerintah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan