Pages

Subscribe:

Jumaat, 21 Disember 2012

Syukur...


                 Segala puji bagi Allah,kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya,dan kami berlindung kepada Allah SWT dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah SWT maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT maka tiadalah petunjuk baginya.Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya...

              Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...InshaAllah pada hari ini saya akan berkongsi cerita berkenaan dengan syukur...Ramai orang hari ini yang kaya-raya,hidup bahagia dan aman tetapi tidak kurang juga ramainya orang yang tidak bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberi selama ini...Susah sangatkah nak bersyukur??

Ramai orang yang tidur diatas tilam yang empuk dah mahal tetapi lupa kepada Allah malahan ada yang tidur di atas kotak yang kotor,di tepi jalan tetapi syukurnya terhadap yang Allah melebihi segala-galanya.

Ramai orang yang di hadapannya lauk pauk yang bagus tetapi lupa untuk bersyukur dengan bersedekah malahan ada yang makan hanya dua tiga lauk pauk tetapi amalan sedekahnya tidak pernah putus dari kehidupan sehariannya

Ramai orang yang berpakaian serba baru dan cantik tetapi lupa untuk bersyukur malahan ada orang yang hanya menggunakan kain terpakai akan tetapi mereka bersyukur sebab masih mempunyai pakaian yang boleh digunakan berbanding mereka yang berada nun jauh di sana dalam keadaan berbogel dan kebuluran.

Fikir-fikirkan wahai kawan-kawanku..adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang disebut pada pendahuluan ayat atau di akhir ayat??
                                              
            Pelbagai ragam manusia yang dapat di lihat pada zaman sekarang dengan pelbagai fesyen yang di peragakan hanya untuk mengejar kepentingan diri masing-masing sementara saudara-saudara mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan sehingga terpaksa memakan mayat saudara sendiri untuk menghilangkan rasa lapar...Di mana sifat kemanusiaan diletak di dalam diri setiapa kita???...Adakah kita meletakkannya di peringkat yang paling atas ataupun yang paling bawah???

            Jika kita menyusuri kembali sirah-sirah kehidupan umat Islam pada zaman dahulu penuh dengan pengajaran...Pelbagai pengajaran yang ditinggalkan kepada kita tetapi adakah kita mengambil pengajaran tersebut sebagai pedoman dalam diri kita??

            Seorang hamba Allah yang kehilangan kakinya berasa sedih kerana nikmat nya untuk beribadah kepada Allah sudah ditarik akan tetapi kita yang masih mempunyai kaki telah lupa kepada tanggungjawab kita sebagai hamba Allah berbanding hamba Allah yang telah ditarik nikmat kakinya itu...Apabila kita diuji dengan kebahagiaan kita lupa kepada-Nya sehingga nikmat-Nya pun telah kita salahgunakan akan tetapi apabila kita diuji dengan kesusahan barulah kita mencari-Nya untuk mengadu masalah kepada-Nya...di mana keadilan kita???

             Tidak salah untuk kita memohon apa yang kita belum ada tetapi jangan lupa apa yang kita sudah ada...Seorang yang kaya di uji oleh Allah dengan hartanya sama ada dia bersyukur atau tidak..Tidak terkecuali kepad yang miskin..Allah juga menguji mereka dengan kemiskinan mereka sama ada mereka sabar menghadapinya ataupun berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk meminta bantuan kepada mereka agar dimurahkan rezeki..sedarlah wahai manusia,kita sedang di uji dan sentiasa dalam pemerhatiannya...

Sebagai penutup,hayatilah ayat Al-Quran ini:

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim:7)

InshaAllah bermanfaat....Sekian..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selasa, 18 Disember 2012

Siapakah Ibn Taimiyah??

           Segala puji bagi Allah,kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya,dan kami berlindung kepada Allah SWT dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah SWT maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT maka tiadalah petunjuk baginya.Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

           Telah sekian lama blog ini tidak dikemaskini kerana diri ini terlampau sibuk dengan aktiviti seharian...InshaAllah,pada hari ini saya akan berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang bibliografi ringkas seorang ulama yang amat terkenal pada zamannya kerana perjuangan beliau untuk memelihara agama Islam yang tulen daripada rosak oleh dakyah-dakyah yang melabelkan diri mereka sebagai Islam@Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti golongan Syiah,Khawarij dan sebagainya...

           Beliau yang saya maksudkan adalah Syaikhul Islam Ibn Taimiyah..Nama penuh beliau ialah al-Imam al-Mujtahid Ahmad bin 'Abd al-Halim bin Abdus Salam bin al-Khadr bin Muhammad bin al-Khadr bin Ali bin Abdillah bin Taimiyah an-Namiri al-Harrani ad-Dimasyqi Abu al-Abbas Taqiyuddin Syaikh al-Islam...Ibn Taimiyah dilahirkan di kota Harran pada hari Isnin,tanggal 10 Rabiulawal tahun 661 Hijriah(bersamaan dengan 22 Januari 1263M)...Ibn Taimiyah berasal daripada keluarga besar Taimiyah yang amat terpelajar dan sangat Islamik serta dihormati.Ayahnya Syihabuddin bin 'Abdus Salam(627H-682H) adalah seorang ulama besar di Kota Damaskus.

            Bapa beliau menjadi imam,khatib dan guru di Masjid Damaskus serta direktor pada sekoalh Madrasah Dar al-Hadith as-Sukkariyyah,salah satu lembaga pendidikan mazhab Hanbali yang tergolong sangat maju dan bermutu pada waktu itu...Datuknya adalah Syaikh al-Islam Majduddin Abu al-Barakat Abbas Salam Ibn Taimiyah,seorang hafiz yang ternama..

Setakat itu sahaja yang boleh dikongsikan oleh diri ini...InshaAllah untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut boleh lah beli buku yang disenaraikan ini:

1.Min A'lam as-Salaf karya Syaikh Ahmad Farid.kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh saudara Masturi Ilham di atas judul 60 biografi Ulama Salaf,terbitan Pustaka Kautsar,Jakarta Timur

2.al-Furqan Baina ad-Rahman wa Auliya' asy-Syaithan karya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah;terjemahan oleh H.Zaenal Abidin Chan di atas judul Perbezaan di antara Wali Allah dan Wali Syaitan(Berlian Publication Sdn Bhd,Selangor,2007)

3.Ibn Taimiyah:Pencetus Akidah Tasybih dan Tajsim? karya Mohd Hairi Nonchi,terbitanJahabersa,2011

Majmu al-Fatawa(salah satu kitab beliau)
             InshaAllah sedikit info di atas berkaitan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah dapat membantu kita untuk mengenali lagi ulama tersohor ini...sekian sahaja perkongsian saya..sebagai penutup,hayatilah Surah Ali-Imran,ayat 102 ini:

"Wahai orang-orang yang beriman,bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:)

Rabu, 5 Disember 2012

Madrasah Orientalis



                  Assalamualaikum semua..video diatas adalah video khutbah Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat...Penyampaian khutbah Jumaat ini sangat menarik perhatian saya kerana penyampaiannya yang begitu bersemangat dan bertenaga..Setakat apa yang saya tahu tentang peribadi beliau adalah beliau seorang yang kuat berpegang pada sunnah Rasulullah SAW dan beliau adalah warga Indonesia...Ingin tahu isi khutbahnya???Tonton lah video ini...sesuai untuk semua peringkat umur...Rugi tau klu tidak tonton...banyak ilmu yang bermanfaat boleh diambil daripada video ini..Selamat Menonton..:)

p/s:video ini ada sambungannya dan InshaAllah akan di "upload" dalam masa terdekat..:)


Sebahagian gambar yang menunjukkan beliau menyampaikan ceramahnya dengan orang ramai di Indonesia

Ahad, 2 Disember 2012

MALU!!!

        Assalamualaikum semua sahabat-sahabat ku...Sudah begitu lama blog ini tidak di kemas kini sehinggalah seorang sahabat saya tadi bertanya,

  "Bila mau update blog"

Tiba-tiba,terdetik di hati ku...

 "Kalau selama ini aku kerja ku kat blog update gadget nya apa salahnya kalau aku update artikel terbaru kat blog aku"
     
          Tetapi ada satu perkara yang menghalang ku untuk berbuat demikian iaitu aku kebuntuan idea..Aku tidak tahu mahu tulis artikel apa..Tiba-tiba terlintas di fikiran ku tentang satu peristiwa yang amat bermakna dalam hidupku.Peristiwa ini tidak akan aku lupa seumur hidupku..Peristiwa itu bermula sewaktu aku masih hanyut lagi dilambung ombak duniawi sehinggalah aku bertemu dengan seorang guru sekolah rendah ku yang selalu aku panggil dengan panggilan "Sir Chok"...Pertemuan ku dengan dia telah membuat seluruh kehidupan ku berubah dan mula disinari dengan cahaya ilmu agama yang selama ini aku leka untuk menuntutnya.

 Ceritanya,bermula begini.....

           Pada suatu hari,semasa aku duduk kebosanan di atas bangku yang sudah tua di bengkel motor hak milik keluarga ku..tiba-tiba,terdetik di hati ku untuk mengunjungi masjid terbesar di Lahad Datu iaitu Masjid Ar-Raudhah..selama ini tidak pernah terlintas di hati ku untuk pergi ke masjid tersebut bagi menunaikan solat terutama solat fardhu...Bagi ku solat fardhu hanya wajib ditunaikan di asrama dan apabila berada di luar lingkungan tersebut,terpulang dari kita untuk memilihnya kerana itu adalah hak kita.(tengok..terserlah kejahilan ku masa tu)..

            Sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu Zohor,terdengar sayup seruan azan memanggil kaum muslimin dan muslimat untuk menunaikan ibadah solat..Hatiku berasa terpanggil untuk memenuhi seruan tersebut...Aku merasakan sesuatu yang berlainan pada waktu itu kerana hati ku membisikkan fikiran ku untuk menggerakkan langkah ku menuju ke masjid tersebut bagi memenuhi seruan tersebut..

            Tanpa berfikir panjang aku pun mempercepatkan langkah ku menuju ke masjid tersebut bagi menunaikan ibadah solat fardhu zohor..selesai sahaja solat fardhu Zohor tersebut,aku terlihat kelibat tubuh seseorang yang usianya antara 30-40 tahun...wajahnya cerah dan berjanggut..apabila ku perhatikan betul-betul...SUBHANALLAH..itu adalah guru yang pernah mengajarku semasa tahun enam yang dulunya beragama bukan Islam,akhirnya Allah SWT beri hidayah kepadanya untuk memeluk Islam yang indah ini...Aku bergerak ke arahnya lalu memberikan salam dan bersembang dengannya..Aku berasa gembira waktu itu kerana dapat berjumpa dengannya setelah beberapa tahun tidak berjumpa..Banyak perkara yang kami ceritakan termasuklah hal agama..

             Tiba-tiba hatiku tersentak..kegembiraan ku tadi berubah menjadi perasaan malu...Aku berasa kebingungan..Mengapa perasaan malu ini tiba-tiba muncul dalam hatiku..Beberapa saat kemudian baru aku dapat jawapan  mengapa aku berasa malu..Perasaan malu ku ini berpunca dari guru ku itu..Aku MALU!!!Aku malu kerana guru ku yang baru beberapa tahun memeluk Islam itu begitu hebat pendekatannya terhadap Islam tetapi aku yang dilahirkan dari kecil memeluk Islam begitu jauh dan cetek pengetahuan ku tentang Islam...SUNGGUH AKU BERASA MALU!!BETUL-BETUL BERASA MALU!!!!

               Beberapa hari selepas itu,,,aku pergi solat Jumaat dan kali ini berjumpa lagi dengan guru ku itu..Selepas solat Jumaat..dia membawa ku pergi keretanya lalu dia memberiku satu buku poket yang membawa aku untuk lebih mengenali apa itu Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..Buku itu bertajuk "Sifat Solat Nabi" karya Syaikh Al-Albani yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia..Mulai hari itu,,aku mula berjinak-jinak dengan ilmu keagamaan iaitu Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan dari hari itu juga lah aku mula berkenalan dengan kawan-kawan baru yang banyak membantu ku dalam memahami Islam yang sebenar..Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi kesempatan kepada diri yang hina ini untuk mendalami dan mengenali Islam yang sebenar...

             Mulai dari aku mengenal Islam yang sebenar itulah aku mula menerima cercaan,makian dan tuduhan yang sangat sakit telinga ini apabila mendengarnya seperti sesat,syiah dan wahabi.Perkataan mereka itu hampir mematahkan semangat ku untuk mendalami Islam tetapi kawan-kawanku yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap ku membuat aku lebih bersemangat untuk mendalami ilmu Islam dan menyampaikannya kepada orang lain

             Akhirnya aku tanam azam dalam diriku bahawa aku akan teruskan perjuangan ini meskipun pelbagai halangan melanda..Aku tidak akan putus asa menyampaikan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah sehinggalah akhir hayat ku ini..Semoga Allah membalas perjuanganku ini dengan keindahan syurga yang diidam-idamkan oleh setiap muslim...Sekian sahaja catatan saya pada hari ini..Diharapkan para pembaca dapat mengambil pengajaran daripada apa yang saya sampaikan ini...Assalamualaikum


Ni Cikgu Hairi ataupun saya selalu panggil dia abang Hairi.Banyak ilmu bermanfaat yang saya dapat tuntut  dari dia..Beliau seorang penulis buku dan banyak buku beliau yang sudah dipasarkan.Antaranya Cukupkah Sekadar Niat,Di Mana Allah dan Katakan Tidak Kepada Wahabi..Dalam perjuangan dakwah beliau,sudah banyak tomahan ataupun fitnah yang beliau terima tetapi berkat kesabaran beliau banyak fitnah dan          tomahan  itu telah beliau jawab dalam karya-karya beliau.



Ini pula abang Khairulnizam(kiri) dan Cikgu Chok@Yusof Chok(kanan).Yang saya maksudkan dalam tulisan tu adalah Cikgu Chok ni lah...beliau lah yang telah membawa saya lebih dekat lagi untuk mendalami Islam...Terima Kasih banyak-banyak cikgu..:)