Pages

Subscribe:

Selasa, 17 Disember 2013

Inikah Keluhan Kita??



Inikah keluhan-keluhan kita ~ 

Keluhan 1: KENAPA AKU DIUJI?Jawapan:

• “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Keluhan 2: KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Jawapan:• “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Keluhan 3: KENAPA UJIAN SEBERAT INI!Jawapan:

• “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Keluhan 4: SEMUA MASALAH INI MEMBUATKU FRUST!!Jawapan:

• “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)


Kesimpulannya,setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan percayalah bahawa janji-janji Allah SWT itu pasti.Berpeganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana pemahaman para salafussoleh.

copy&paste from:
Nor Azzyati Faudzi..(Jazakallahu khayran ukhti)

Keikhlasan Hati



Assalamualaikum wbt.

Jari ini lancar menaip papan kekunci setelah beberapa bulan blog yang tersayang ini ditinggalkan begitu sahaja.Begitulah hakikatnya sebagai seorang hamba Allah yang sibuk dengan dunia sekelilingnya untuk menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.Akan tetapi sebagai seorang hamba Allah yang menuntut ilmu-Nya yang tidak akan habis ini,kita sering terlupa mengenai satu persoalan besar yang sering dipandang remeh temeh oleh sesetengah penuntut ilmu terutama sekali penuntut ilmu agama iaitu persoalan keikhlasan hati..

Persoalan keikhlasan hati amat berkait rapat dengan keberkatan dalam menuntut ilmu.Hati ini sering dipujuk agar ikhlas dalam menuntut ilmu agama yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah demi mempertahankan kesucian agama Islam sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh zaman para salafussoleh iaitu para sahabat,tabi'in dan tabi'ut tabi'in.Akan tetapi sering wujud musuh yang bersaing dengan "SANG IKHLAS" untuk mengambil tempat di hati seorang penuntut ilmu iaitu "RIAK".
Oleh itu,dalam kita menuntut ilmu agama setiap urusan yang kita lakukan perlulah kita perhatikan diri kita agar sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu agama kerana setiap amalan itu bergantung pada niatnya.Semoga dengan artikel yang serba ringkas ini dapat mengingatkan kita kepada kehidupan yang sementara di dunia ini dan kehidupan yang kekal selamanya iaitu di akhirat kelak dengan sentiasa memerhatikan keikhlasan hati kita dalam menuntut ilmu Allah SWT....Wallahualam

by:
Azman Abd Mutalib