Pages

Subscribe:

Selasa, 17 Disember 2013

Keikhlasan Hati



Assalamualaikum wbt.

Jari ini lancar menaip papan kekunci setelah beberapa bulan blog yang tersayang ini ditinggalkan begitu sahaja.Begitulah hakikatnya sebagai seorang hamba Allah yang sibuk dengan dunia sekelilingnya untuk menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.Akan tetapi sebagai seorang hamba Allah yang menuntut ilmu-Nya yang tidak akan habis ini,kita sering terlupa mengenai satu persoalan besar yang sering dipandang remeh temeh oleh sesetengah penuntut ilmu terutama sekali penuntut ilmu agama iaitu persoalan keikhlasan hati..

Persoalan keikhlasan hati amat berkait rapat dengan keberkatan dalam menuntut ilmu.Hati ini sering dipujuk agar ikhlas dalam menuntut ilmu agama yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah demi mempertahankan kesucian agama Islam sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh zaman para salafussoleh iaitu para sahabat,tabi'in dan tabi'ut tabi'in.Akan tetapi sering wujud musuh yang bersaing dengan "SANG IKHLAS" untuk mengambil tempat di hati seorang penuntut ilmu iaitu "RIAK".
Oleh itu,dalam kita menuntut ilmu agama setiap urusan yang kita lakukan perlulah kita perhatikan diri kita agar sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu agama kerana setiap amalan itu bergantung pada niatnya.Semoga dengan artikel yang serba ringkas ini dapat mengingatkan kita kepada kehidupan yang sementara di dunia ini dan kehidupan yang kekal selamanya iaitu di akhirat kelak dengan sentiasa memerhatikan keikhlasan hati kita dalam menuntut ilmu Allah SWT....Wallahualam

by:
Azman Abd Mutalib

0 ulasan:

Catat Ulasan