Pages

Subscribe:

Rabu, 15 Ogos 2012

Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) dalm berkata -kata


Assalamualalaikum w.b.t
InsyaAllah pada hari ini ana mau kongsi dua prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah@ ASWJ dalam berkata-kata atau berhujah...

1.Mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah
   ASWJ sentiasa mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah dalam berkata-kata ataupun berhujah dengan
   orang yang berada di sekeliling mereka.Nabi Muhammad SAW sendiri mengarahkan kita agar
   berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah kerana pada akhir zaman nanti umat Islam akan melihat banyak
   perselisihan.Perlu di ingat,Islam didirikan diatas Al-Quran dan As-Sunnah,oleh itu apabila kita berkata-
   kata dalam hal agamadahulukan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah kerana para ulama menyifatkan orang
   berhujah tapa ada dalil diibaratkan hujahnya itu serapuh sarang labah-labah.

2.Mengkaji dan tidak menuduh sesuka hati.
   Apabila berkata-kata tentang sesuatu yang ada kaitannya dengan hal agama,ASWJ akan memerhatikan
   perkara tersebut dengan teliti dan melihat hujahnya tentang perkara tersebut.ASWJ tidak akan
   mengeluarkan sebarang kenyataan  mahupun tuduhan sehingga mereka benar-benar yakin tentang apa
   yang diperkatakan tentang perkara tersebut sama ada benar ataupun salah.Inilah prinsip ASWJ,
   sentiasa berhati-hati dan mengkaji sesuatu hal agama dan tidak menuduh sembarangan dengan gelaran
   yang kurang menyenangkan.

     Demikian dua prinsip ASWJ dalam berkata-kata yang dapat saya kongsikan terlebih  dahulu kepada rakan-rakan.Jika ada masa,InsyaAllah saya akan berkongsi lagi beberapa prinsip ASWJ dalam berkata-kata kerana ana ada banyak kerja yang ingin diuruskan..sekian..Assalamualaikum w.b.t..:)