Pages

Subscribe:

Selasa, 18 Disember 2012

Siapakah Ibn Taimiyah??

           Segala puji bagi Allah,kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya,dan kami berlindung kepada Allah SWT dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah SWT maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT maka tiadalah petunjuk baginya.Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

           Telah sekian lama blog ini tidak dikemaskini kerana diri ini terlampau sibuk dengan aktiviti seharian...InshaAllah,pada hari ini saya akan berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang bibliografi ringkas seorang ulama yang amat terkenal pada zamannya kerana perjuangan beliau untuk memelihara agama Islam yang tulen daripada rosak oleh dakyah-dakyah yang melabelkan diri mereka sebagai Islam@Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti golongan Syiah,Khawarij dan sebagainya...

           Beliau yang saya maksudkan adalah Syaikhul Islam Ibn Taimiyah..Nama penuh beliau ialah al-Imam al-Mujtahid Ahmad bin 'Abd al-Halim bin Abdus Salam bin al-Khadr bin Muhammad bin al-Khadr bin Ali bin Abdillah bin Taimiyah an-Namiri al-Harrani ad-Dimasyqi Abu al-Abbas Taqiyuddin Syaikh al-Islam...Ibn Taimiyah dilahirkan di kota Harran pada hari Isnin,tanggal 10 Rabiulawal tahun 661 Hijriah(bersamaan dengan 22 Januari 1263M)...Ibn Taimiyah berasal daripada keluarga besar Taimiyah yang amat terpelajar dan sangat Islamik serta dihormati.Ayahnya Syihabuddin bin 'Abdus Salam(627H-682H) adalah seorang ulama besar di Kota Damaskus.

            Bapa beliau menjadi imam,khatib dan guru di Masjid Damaskus serta direktor pada sekoalh Madrasah Dar al-Hadith as-Sukkariyyah,salah satu lembaga pendidikan mazhab Hanbali yang tergolong sangat maju dan bermutu pada waktu itu...Datuknya adalah Syaikh al-Islam Majduddin Abu al-Barakat Abbas Salam Ibn Taimiyah,seorang hafiz yang ternama..

Setakat itu sahaja yang boleh dikongsikan oleh diri ini...InshaAllah untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut boleh lah beli buku yang disenaraikan ini:

1.Min A'lam as-Salaf karya Syaikh Ahmad Farid.kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh saudara Masturi Ilham di atas judul 60 biografi Ulama Salaf,terbitan Pustaka Kautsar,Jakarta Timur

2.al-Furqan Baina ad-Rahman wa Auliya' asy-Syaithan karya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah;terjemahan oleh H.Zaenal Abidin Chan di atas judul Perbezaan di antara Wali Allah dan Wali Syaitan(Berlian Publication Sdn Bhd,Selangor,2007)

3.Ibn Taimiyah:Pencetus Akidah Tasybih dan Tajsim? karya Mohd Hairi Nonchi,terbitanJahabersa,2011

Majmu al-Fatawa(salah satu kitab beliau)
             InshaAllah sedikit info di atas berkaitan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah dapat membantu kita untuk mengenali lagi ulama tersohor ini...sekian sahaja perkongsian saya..sebagai penutup,hayatilah Surah Ali-Imran,ayat 102 ini:

"Wahai orang-orang yang beriman,bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..:)

0 ulasan:

Catat Ulasan