Pages

Subscribe:

Sabtu, 24 November 2012

Mengapa??????

             Semua nabi dan rasul mempunyai misi yang sama dalam berdakwah iaitu mentauhidkan ALLAH SWT dan membersihkan hati-hati umat mereka dari perkara syirik,khurafat dan bidaahSebagai contoh,selama 13 tahun Nabi Muhammad SAW berdakwah di Madinah tetapi mengapa perintah solat tidak diturunkan di MAKKAH tetapi sebaliknya perintah solat diturunkan di Madinah dan berlaku sewaktu malam Israk dan Mikraj.

Mengapa ini berlaku???

              Perkara ini berlaku kerana  Nabi Muhammad SAW diutuskan di Makkah untuk membersihkan hati penduduk Kota Makkah dari perkara-perkara yang mengotorkan hati mereka seperti amalan syirik dan sebagainya dan mengajar kepada mereka tentang akidah Islam yang sebenar.Lantaran itu, apabila akidah penduduk Kota Makkkah sudah bersih maka segala perintah Rasulullah SAW berdasarkan wahyu daripada Allah SWt pun mudah diterima walaupun terdapat segelintir penduduk Kota Makkah masih  tidak menerimanya.Apabila Rasulullah SAW berkata mengenai sesuatu mengenai hal agama akan terdapat golongan yang menentang dan menerimanya dan menjadi masalah sekarang adalah golongan yang menentang.Mengapa mereka menentang???

Sekali lagi saya persoalkan..mengapa perkara ini berlaku???

              Perkara ini berlaku kerana golongan yang menentang menyedari bahawa apabila mereka mentauhidkan Allah SWT dan mengimani bahawa Rasulullah SAW adalah utusan-Nya,mereka terpaksa kufur terhadap berhala-berhala mereka atau lebih dikenali sebagai taghut.Mereka terpaksa meninggalkan gaya hidup mereka yang teruk itu dengan mengenali dan mendalami gaya hidup Islam.Atas sebab inilah mereka menentang dakwah Rasulullah SAW.

Mengapa saya bercerita mengenai kisah ini???

              Cuba kita lihat pada zaman ini.Ramai orang yang kuat beribadah tetapi dalam masa sama membuat amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti memakai gelang dengan kepercayaan bahawa gelang tersebut boleh membuang sial,pergi ke kubur para wali dan buat amalan syirik dan banyak lagi..
Mengapa ini terjadi???
Hal ini berlaku kerana mereka tidak kufur kepada taghut dan tidak menghayati kalimat tauhid La Ilaha Illallah sebagaimana yang difahami oleh gologan terdahulu(salafussoleh).Oleh sebab itulah mantapkan akidah.Jangan terlampau memikirkan amalan kita tetapi akidah terabai.Inilah fenomena yang berlaku pada zaman sekarang.Mereka sibuk memikirkan amalan mereka tetapi akidah terabai.Tidak mengapa sekiranya amalan itu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah tetapi bagaimana sekiranya amalan itu bercanggah dan tidak menepati kehendak Al-Quran dan As-Sunnah??Bukan kah amalan sedikit itu tetapi istiqamah lebih bagus berbanding amalan banyak tetapi tidak istiqamah dan tidak menuruti Al-Quran dan As-Sunnah.Ingatlah,apabila akidah kita mantap secara automatik hati kita akan tunduk kepada Allah SWT dan akan beribadah sesuai dgn kehendak Al-Quran dan As-Sunnah dan sekaligus menafikan segala perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah 
p/s:Sebagai perkongsian dan In Shaa Allah bermanfaat kepada semua kaum muslim.Akhir kata...
"Orang yang mendengar rugi dan orang yang menyampaikan juga rugi kecuali orang yang beramal dengan apa yang didengar dan disampaikannya sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah" ...sekian sahaja..:)

0 ulasan:

Catat Ulasan