Pages

Subscribe:

Isnin, 12 November 2012

Larian Jom!Kitar Semula & Habitat 2012

http://www.ppsppa.gov.my/larian/images/Web-Banner-user.jpg
       Lusa nanti bersamaan dengan hari Rabu ni aku akan  pergi melancong ke Putrajaya..tetapi pelancongan ku ini membawa erti kepada diri ku sebagaimana aku akan bersaing untuk mendapatkan hadiah tempat pertama dalam satu larian yang merupakan acara tahunan dan ini adalah kali pertama aku mengikuti larian ini yang dikenali sebagai.....(rujuk kat gambar..:P)

       Beberapa hari lagi aku akan berlepas ke sana  tetapi ada satu perkara yang buat aku nervous untuk mengikuti larian ini iaitu pesaingku..kalau di SABAH aku sudah biasa dengan pelari-pelarinya dan boleh dikatakan semua mempunyai nafas kuda...(lari mcm bukan marathon tapi mcm pecut 100M)..itulah kelebihan orang SABAH...tetapi aku pernah terdengar cerita yang mengatakan orang India kat Selangor lagi hebat...betul kah apa yang diperkatakan itu??Ini yang buat aku risau ni..

        Dalam masa beberapa hari lagi ni aku cuba pergiatkan latihan ku agar usaha ku ini berbalas juga...tetapi terdapat banyak faktor yang menghalang aku daripada latihan.Antaranya:

1)Kawasan perkampungan yang tidak sesuai
2)Anjing yang sering berkeliaran dekat kampung aku dan kerja dorang adalah kejar dan gigit orang
3)Cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang

        Itulah faktor-faktornya..tetapi azam ku untuk memenangi larian tersebut membuatku bersemangat untuk menempuhi faktor-faktor penghalang tersebut dan aku berharap aku dapat memenangi larian tersebut agar hadiahnya yang berbentuk wang tunai dapat aku sumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan(seperti orang di Syria dan sebagainy)..itulah harapan ku.aku berharap dengan niat ku ini Allah akan membantu ku dan menjadikan harapan ku sebagai kenyataan..sekian sahaja..:)

Tiada yang mustahil..USAHA TANGGA KEJAYAAN

           "Jatuhnya anda selepas berusaha bukanlah bermaksud anda gagal selama-lamanya tetapi jatuhnya anda mungkin ada hikmah di sebalik kejatuhan anda.."

0 ulasan:

Catat Ulasan