Surah AlMaidah ayat 3 sudah menjelaskan 
tentang kesempurnaan agama dan apabila ada orang yang menambah atau 
mengurangkan sesuatu dalam hal agama ini bermaksud dia sudah menafikan ayat 
ALLAH SWT itu dan berpandangan bahawa agama Islam ini belum lengkap dan 
ini sekali gus menunjukkan bahawa risalah ALLAH SWT yang dibawa oleh Nabi 
MUHAMMAD SAW belum selesai 
         Orang yang buat perkara baru atau 
mengurangkan sesuatu perkara dalam hal 
agama sebenarnya telah mengambil tugas ALLAH SWT sebagai pembuat sesuatu
 syariat sedangkan tugas itu hanya didukung oleh ALLAH SWT dan orang 
yang sebegini juga sebenarnya menafikan kata2 nabi yang mana nabi 
mengatakan sesiapa membuat sesuatu urusan dalam hal agama  yang tidak 
ada dasarnya daripada kami maka urusan tersebut tertolak..
         Sungguh hebat 
orang mcm ini,dia boleeh membuat ssyariat baru dalam agama..sedarlah 
wahai manusia ..diri kita ni adalah manusia biasa dan kita tidak 
terlepas dari kesalahan dan apa yang nabi telah sampaikan adalah lengkap
 dan tidak perlu penambahan ataupun pengurangan..berpa banyak saham dosa
 yang kamu dapat apa dengan melakukan perkara ini???cuba renungkan adakah kita tergolong dalam golongan ini atau tidak..
        Sebagai penutup bagi penulisan ini perhatikan firman ALLAH SWT ini:
        "Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin,Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali"
(Surah An-Nisa':115)
p/s:InsyaAllah akan disambung dalam penulisan yang seterusnya..banyak lagi hujah nak dibentang ni..:)
Rabu, 14 November 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






0 ulasan:
Catat Ulasan