Pages

Subscribe:

Rabu, 14 Disember 2011

Sahabat sejati ku dunia dan akhirat...:)

Sebagai tatapan untuk semua...

            Persahabatan ku dengan mereka bermula sewaktu aku menjejak kan kaki ni ke SMSLD pada tahun 2009,bulan 3..tanggal aku dah lupa...Aku berkenalan dengan mereka dan menganggap mereka macam adik beradik ku suda....Walaupun ada yang selalu bergaduh dengan aku tapi aku masih menganggap mereka sebagai adik beradik ku kerana inilah nikmat persahabatan yang mungkin ALLAH SWT telah kurniakan kepada aku...Kami semua mengharungi pengalaman pahit dan manis bersama,PMR bersama dan mungkin SPM pun bersama...Aku betul-betul tidak mahu kehilangan sahabat yang baik seperti mereka(walaupun ada yang tidak ada dalam gambar) kerana tanpa mereka siapalah diri ini...Mereka lah juga yang membantu aku kalau dalam kesusahan dan mereka lah juga yang selalu menenangkan diri ini kalau dalam kegelisahan :)...Walaupun ada yang bakal berpindah ataupun sudah berpindah,aku tetap anggap mereka sebagai sahabat sejati dunia dan akhirat dan tali persahabatan antara kami tidak akan putus walaupun berjauhan antara satu sama lain...
             Cuba kita singkap kembali sejarah persahabatan Rasulullah SAW antara sahabat di mana  mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk mempertahankan Rasulullah SAW daripada kaum musyrikin...Mereka sentiasa mendampingi Rasulullah SAW..Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain..Lihat..betapa mulianya persahabatan pada zaman Rasulullah SAW..Kalau kita pada zaman sekarang...adakah kita sanggup menyelamatkan sahabat kita..Sebagai contoh,adakah kita berani menyelamatkan sahabat kita yang dibelasah oleh 10 orang lelaki berbadan tegap...mesti kita takut kan sebab nanti kita yang dibelasah sekali..tapi jika kita lihat pada zaman Rasulullah SAW..pantang mereka lihat sahabat mereka dibelasah terus mereka membantu sahabat mereka yang sedang berada dalam kesusahan tersebut...Betapa hebatnya persahabatan pada zaman Rasulullah SAW...Subhanallah..
              Oleh itu sahabat2 ku sekalian,jika kita bergaduh dengan kawan kita walaupun bukan kita yang salah sebenarnya..pergilah minta maaf...Janganlah biarkan perselisihan tersebut berlanjutan sehingga menyebabkan timbulnya perasaan ego dan dendam dalam diri sehingga menyebabkan hati ni berkarat...Jangan biarkan perkara tersebut berlaku,kerana perkara ini akan memberi ruang kepada syaitan untuk menghasut kita untuk melakukan sesuatu perkara yang buruk kepada kawan kita...Wallahualam...
                                         tyme tingkatan 1...huhuhu
                                          tyme pasca PMR...mau men bola...:)
                                          gambar kelas tyme tingkatan 2...
                                         gambar kelas tyme tingkatan 3....
                                 Jamuan akhir tahun..(gambar lelaki jak ngan guru tingkatan 2)

              Oleh itu,marilah bersama-sama kita membina dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita kerana orang yang berkasih sayang di dunia kerana ALLAH SWT akan dinaungi oleh Arasy-Nya di akhirat kelak...InsyaAllah..:)

created by:

Azman....:)
..sapa nak komen..komenlah..asalkan x mencarut sudah..:)

0 ulasan:

Catat Ulasan