Rabu, 15 Ogos 2012
Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) dalm berkata -kata
Assalamualalaikum w.b.t
InsyaAllah pada hari ini ana mau kongsi dua prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah@ ASWJ dalam berkata-kata atau berhujah...
1.Mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah
ASWJ sentiasa mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah dalam berkata-kata ataupun berhujah dengan
orang yang berada di sekeliling mereka.Nabi Muhammad SAW sendiri mengarahkan kita agar
berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah kerana pada akhir zaman nanti umat Islam akan melihat banyak
perselisihan.Perlu di ingat,Islam didirikan diatas Al-Quran dan As-Sunnah,oleh itu apabila kita berkata-
kata dalam hal agamadahulukan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah kerana para ulama menyifatkan orang
berhujah tapa ada dalil diibaratkan hujahnya itu serapuh sarang labah-labah.
2.Mengkaji dan tidak menuduh sesuka hati.
Apabila berkata-kata tentang sesuatu yang ada kaitannya dengan hal agama,ASWJ akan memerhatikan
perkara tersebut dengan teliti dan melihat hujahnya tentang perkara tersebut.ASWJ tidak akan
mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun tuduhan sehingga mereka benar-benar yakin tentang apa
yang diperkatakan tentang perkara tersebut sama ada benar ataupun salah.Inilah prinsip ASWJ,
sentiasa berhati-hati dan mengkaji sesuatu hal agama dan tidak menuduh sembarangan dengan gelaran
yang kurang menyenangkan.
Demikian dua prinsip ASWJ dalam berkata-kata yang dapat saya kongsikan terlebih dahulu kepada rakan-rakan.Jika ada masa,InsyaAllah saya akan berkongsi lagi beberapa prinsip ASWJ dalam berkata-kata kerana ana ada banyak kerja yang ingin diuruskan..sekian..Assalamualaikum w.b.t..:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan